WACANA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI BIL. 1 TAHUN 2024

22 Mac 2024, Jumaat - Wacana Ketua Hakim Syarie Negeri, Majlis berbuka puasa dan solat tarawih berjamaah telah sempurna diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. 

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Al Said bin Utoh Karah dan diteruskan dengan ucapan amanat YAA Ketua Hakim Syarie Negeri, Tuan Ahadin bin Arinen. Dalam amanatnya, Ketua Hakim Syarie Negeri menekankan pentingnya menjaga ukhuwwah, integriti kebersamaan, kecekapan, inovatif dan keikhlasan semasa menjalankan amanah yang dipertangjawabkan yang di ringkaskan dalam akronim T.A.K.W.A. Beliau juga mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua kakitangan khususnya yang terlibat menjayakan program-program utama pada tahun 2023 terutama Program Perasmian Kompleks Mahkamah Syariah Negeri Sabah oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di atas komitmen yang amat tinggi sehingga program tersebut berjaya dilaksanakan walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan.

Program diteruskan dengan tayangan montaj pencapaian jabatan tahun 2023 dan atribut kenangan buat Almarhumah Meriam binti Mohd dan Almarhum Abdul Rahim bin Sualeh. YAA Ketua Hakim Syarie diiringi oleh Puan Ketua Pendaftar Puan Surayah binti Ramlee, YA Tuan Ade Rizal Pahlevi bin Mohd Zen, YA Puan Taherah binti Tahir dan Tuan Haji Awang Jalimin bin Matiasin di atas pentas utama telah menyampaikan anugerah berikut:

Penyumbang pingat emas Sukan Mahkamah Syariah 2023:
1. Tn Abdul Hakim bin Mohd Bisri (Golf)
2. Tn. Muhamad Rafi’udin b Rahmat (Petanque)
3. ⁠En.Amjah bin Sami (Petanque)
4. ⁠En Ag. Azhar bin Ag Dullah (Petanque)

Anugerah Sudut PSP
1. Pn. Nor Fadillah binti Adarun
2. Pn. Nurhidayah binti Dahlan
3. En. Mohd Hazlan Harris

Anugerah Kenaikan Pangkat berasaskan Time Based Kecemerlangan 2023
1. Pn. Aziah binti Abdul Ghani
2. Pn. Norlialah binti Lamjan
3. Pn. Yati binti Salim
4. Pn. Mizni Jus
5. Pn. Nurahai binti Sakang
6. En. Muhammad Hilmy Mohd Zain
7. Pn. Azlinah binti Masuit
8. Pn. Rositah binti Najarin
9. En. Abd Zahein bin Matlin
10. Pn. Fawzidah binti Aminuddin
11. En. Mohd Fakrul Razi bin Hamdzah
12. En. Md Khairul Anwar bin Gulam Rasul
13. En. Addie bin Julhasan
14. En. Ramzy bin Ramli
15. Pn. Norliza binti Sawi
16. Pn. Isnaini binti Hatirin
17. En. Ahmadi bin Mahat
18. En. Mohd Azwan bin Ajibah
19. Pn. Rohani binti Surani
20. Pn. Rosnah binti Dullah
21. En. Mohd Al-Mahdi bin Erin@ Mohd Al-Yamin
22. En. Tj Affifie bin Sablee
23. Pn. Norlizah binti Razman
24. Pn. Seniah binti Joh
25. Pn. Dayang Normala binti Abg Razali
26. En. Emley Juanis
27. En. Mohd Fazli bin Yusof
28. Pn. Mizni Jus

Senarai Penerima Anugerah Kehadiran Terbaik 2023
1. En. Abdul Sukri bin Ladja - MSD Sandakan
2. En. Mohd Sam bin Samian - MSD Kudat
3. Pn. Nor Suzielah Rushi@Rosley - MSD Tawau
4. En. Mohd Jones @Mohd John bin Lakim - MSD Tawau
5. En. Ishak bin Tuah - MSD Keningau
6. Pn. Amida @Amidah binti Sami - MSD Papar
7. Tn. Hj Awang Jalimin bin Matiasin - MSD Beaufort
8. En. Timummung bin Rawi -  MSD Kinabatangan
9. Pn. Rose Mary Sodoi - Ibu Pejabat

Anugerah Penyelesaian 100% Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Cerai 2021 ke bawah pada tahun 2023 :
1. MSD Kinabatangan
2. ⁠MSD Keningau
3. ⁠MSD Kudat
4. ⁠MSD Beaufort
5. ⁠MSD Sandakan
6. ⁠MSD Tawau
7. ⁠MSD Lahad Datu
8. ⁠MSD Papar

Anugerah Alasan Penghakiman:
1. YA Tn Ade Rizal Pahlevi bin Mohd Zen - Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sandakan
2. Tn Khalid bin Suahid - Hakim Mahkamah Rendah Sandakan

Anugerah Ketua Pendaftar
1. Tn Mohd Yusuf Bin Nureddin
2. Tn Mohd Hashmiejan bin Hussuein
3. Pn Nooryasmeensharini binti Abas

Anugerah Khas KHS
1. En. Mohd Jones@ amohd John bin Lakim

Majlis diteruskan dengan tazkirah sementara menanti Maghrib yang disampaikan oleh Tn Hj Awang Jalimin diikuti berbuka ringkas dan solat maghrib berjamaah yang diimamkan oleh Tn Mohd Hashmiejan bin Hussuein. Setelah solat maghrib, majlis berbuka puasa bersama- sama tetamu jemputan khas terdiri daripada YBhg. Datuk Jasri @Nasip bin Matjakir, YBhg. Tuan Samal bin Munji dan YBhg. Datuk Ahmad bin Lakim. Program diteruskan dengan solat isyak dan solat tarawih berjamaah yang diimamkan oleh YAA Tuan Ahadin bin Arinen dibantu bilal Tuan Mohd Junady bin Kantor.