Bahagian Sokongan Keluarga

Visi

Berusaha menjadikan BSK sebagai sebuah organisasi sokongan keluarga yang unggul bagi membantu sistem pengukuhan kekeluargaan Islam ke arah pengwujudan masyarakat penyayang, penduduk berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif

Misi

“BSK komited untuk bertindak sebagai Agensi utama dalam menjadikan Malaysia sebagai Negara yang rakyatnya mengutamakan sistem kekeluargaan berlandaskan ajaran Islam, berperibadi mulia hasil daripada keluarga yang kukuh, berakhlak , sihat, berilmu dan harmoni”

PERANAN  BSK
  • Memberi nasihat perundangan Syariah  kepada pihak-pihak yang telah dikeluarkan perintah Nafkah Anak oleh Mahkamah Syariah.
  • Memantau tugas Bailif dan melaksanakan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan nafkah supaya perintah tersebut dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak
  • Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan perintah penguatkuasaan serta  perintah  pelaksanaan penghakiman oleh Mahkamah Syariah antara negeri-negeri dapat berjalan lancar tanpa barang halangan.
  • Menguruskan bantuan sokongan kewangan kepada anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran nafkah oleh suami samada dalam perkahwinan atau perceraian berdasarkan hukum syarak.
  • Melaksanakan pengurusan bantuan sokongan yang berbentuk moral/nasihat serta kewangan kepada pihak yang terlibat dalam terutamanya yang berkaitan pembiayaan nafkah mengikut lunas-lunas hukum syarak