PROGRAM AGIHAN INFAQ BERAS TAHUN KETIGA ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN KECIL PUSPANITA

1 April 2024, Isnin - Puspanita cawangan kecil Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan program agihan infaq beras bagi tahun ke-3 berturut-turut. Program tersebut yang dibuka kepada warga jabatan telah berjaya mengumpulkan sumbangan tunai tertinggi sejak penganjurannya iaitu sebanyak RM3,546.00.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM944.00 disedekahkan kepada orang perseorangan, pusat pengajian agama di Kudat serta kakitangan yang memerlukan.

Manakala bakinya sebanyak RM2,552.00 senilai 180 kampit beras dengan berat hampir 1 tan berjaya diagih-agihkan di tempat-tempat berikut:

-SK Petagas: 40 kampit beras

-SK Kawang: 30 kampit beras

-MadrasahTahfiz Pengalat, Papar: 20 kampit beras

-Madrasah Imam Nawawi Taman Mawar Kinarut: 20 kampit beras

Pengawal swasta Kompleks: 12 -kampit beras

-Petugas Landskap Kompleks: 5 kampit beras

-Petugas pembersihan kompleks: 13 kampit beras-

-Asnaf Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia: 25 Kampit

-Pemandu JKSNS seluruh daerah dan Pembantu Am Rendah JKSNS: 14 kampit

Tuan Mohd Yusuf Nureddin dan Puan Aziah binti Abdul Ghani membantu menyerahkan agihan beras di sekolah-sekolah dan di pusat-pusat pengajian agama.

Manakala Puan Nursyafiah binti Sulaiman, Puan Norshaziela binti Rahim, Encik Abdul Sani bin Abdullah Sani dan Encik Tj Afifie bin Sablee membantu menyelaras pembelian dan agihan di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu.

Bagi pihak Puspanita cawangan kecil Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Puan Ketua Pendaftar Puan Surayah binti Ramlee, YA Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi, Tuan Pendaftar, Hakim-Hakim Mahkamah Rendah, Pegawai-pegawai Sulh, Penolong- Penolong Pendaftar, pembantu-pembantu syariah, unit kewangan, unit Pentadbiran dan pengurusan sumber manusia, unit teknologi maklumat, unit pusat sumber, bahagian sokongan keluarga, unit keselamatan, dan seluruh kakitangan di daerah-daerah seluruh Sabah kerana memberikan sokongan padu sehingga berjaya diadakan buat kali ketiga dengan kutipan tertinggi.

Moga program sebegini diteruskan lagi pada tahun hadapan dengan jumlah agihan yang lebih besar buat manfaat umat islam. Moga Allah memberkati semua amal baik kita sebagai bekal di akhirat kelak.