LAWATAN TAPAK KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE JKSM KE PROJEK MAHKAMAH SYARIAH PAPAR DAN KOTA BELUD

21 Februari 2024, 9.30 malam

KOTA BELUD I Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM, YAA. Dato' Hj. Mohd Amran bin Hj. Mat Zain hari ini telah meneruskan misi pemantauan dengan melawat tapak projek pembangunan Mahkamah Syariah daerah Papar dan Kota Belud dengan diiringi pegawai dan kakitangan JKSN Sabah.

Dato' Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pemaju dan JKR daerah Papar atas taklimat berhubung perkembangan terkini kemajuan projek pembangunan Mahkamah Syariah Papar.
Pada sebelah petang pula, YAA Dato' Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM berkesempatan turun ke Kota Belud, Sabah untuk melihat sendiri tanah projek seluas 0.391 hektar yang akan dibangunkan Mahkamah Syariah daerah Kota Belud yang baharu.

Di kesempatan itu juga, YAA Dato' Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie JKSM sempat mengadakan lawatan ke Mahkamah Syariah Kota Belud yang sedang beroperasi sekarang bagi menyantuni dan melawat ruang kerja pegawai dan kakitangan mahkamah di sana.

Terima kasih kepada seluruh warga kerja Mahkamah Syariah Papar dan Kota Belud atas layanan dan sambutan ini.