KUNJUNGAN HORMAT YAA KETUA HAKIM SYARIE NEGERI JKSN SABAH KEPADA YANG DIPERTUA MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH (MUIS)

21 Februari 2024 (Rabu) bersamaan 11 Syaaban 1445 H

KOTA KINABALU l Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah (JKSNS) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBhg Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YAA Tuan Ahadin bin Arinen Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah bersama pegawai-pegawai kanan jabatan.

Tiba di lokasi, YAA Ketua Hakim Syarie dan rombongan telah disambut oleh Yang DiPertua MUIS, Tuan Roselee Fathil bin Ibrahim (Bendahari) Tuan Muhammad Nazrin bin Mansor ( Peg.Pelaburan) dan Tuan Kassim bin Sauji (Peg.Wakaf).
YAA Ketua Hakim Syarie telah merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak MUIS atas kesudian dalam meluangkan masa dan menerima kunjungan hormat jabatan. Semasa sesi perbincangan, YAA Ketua Hakim Syarie juga telah menzahirkan antara objektif kunjungan hormat jabatan adalah bagi membincangkan hala tuju kutipan fi dan kos Mahkamah Syariah yang telah dilaksanakan bermula 2 Mei 2023 serta perlunya hubungan kerjasama di antara jabatan dan pihak MUIS dalam memberikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat islam di Sabah.

YBhg Datuk Seri Panglima Haji Yahya bin Haji Hussin juga telah turut berkongsi pengetahuan beliau berhubung sejarah dan bermulanya perkembangan awal agama islam di negeri Sabah serta turut mengusulkan supaya usaha-usaha giat perlu dilakukan dalam memperkasakan Mahkamah Syariah di Sabah.

Lawatan ini telah di akhiri dengan penyerahan cenderamata jabatan dan MUIS serta sesi bergambar sebagai tanda
kenang-kenangan.