A- A A+

aduan  aduan  map  Hubungi Kami

Friday 17-05-2024
الجمعة 9 ذو القعدة 1445هـ (17-05-2024م)

facebook

Aktiviti

KUNJUNGAN YB DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH EXCO AGAMA ISLAM DAN PEMBUDAYAAN INOVASI NEGERI SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH KOTA KINABALU


KUNJUNGAN YB DR. MOHAMMAD FAHMI BIN NGAH EXCO AGAMA ISLAM DAN PEMBUDAYAAN INOVASI NEGERI SELANGOR KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH KOTA KINABALU

23 Januari 2024 (Selasa) - JKSNS telah menerima kunjungan YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Negeri Selangor berserta rombongan. Turut hadir ketua-ketua Jabatan di bawah kelolaan YB Datuk Hj Mohd Ariffin bin Datuk Hj Mohd Arif. Rombongan dari Kerajaan Negeri Selangor tersebut dijemput khas oleh YB Datuk Mohd Ariffin bin Datuk Mohd Arif selaku Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah merangkap exco Hal Ehwal Islam dan Pendidikan Negeri melawat Kompleks Mahkamah Syariah Kota Kinabalu yang baharu. Rombongan telah dibawa melawat ke Mahkamah Rayuan Syariah sebelum dipertontonkan montaj jabatan-jabatan di bawah YB Exco Agama dan Pendidikan Negeri dan taklimat dari YAA Tuan Ahadin Arinen Ketua Hakim Syarie Negeri. YB Tuan Dr Mohammad Fahmi dalam ucapannya mengucapkan menzahirkan rasa teruja dengan kemudahan yang ada di Kompleks Mahkamah syariah yang baharu dan berharap adanya kerjasama di antara dua negeri dalam membangunkan institusi agama islam bagi manfaat rakyat. YB Datuk pula dalam ucapan balasnya mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Exco Negeri Selangor bersama rombongan di atas kesudian melapangkan masa untuk berkunjung ke agensi-agensi di bawah kelolaan YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap exco Hal Ehwal Agama dan Pendidikan Negeri Sabah dengan harapan agar silaturrahmi antara 2 negeri bertambah erat dan perkongsian maklumat dapat membantu masyarakat dengan lebih berkesan terutama kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata dan makan tengahari.

KUNJUNGAN HORMAT MSD SANDAKAN KE IBUPEJABAT POLIS DAERAH SANDAKAN


9 Januari 2024M / 27 Jamadilakhir 1445H - MSD Sandakan telah mengadakan Kunjungan Hormat Ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan. Delegasi kunjungan hormat telah diketuai oleh Y.A Ade Rizal Pahlevi bin Mohd Zen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah. Turut hadir bersama Tuan Khalid bin Suahid, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sandakan, Tuan Mhd. Zulkarnain bin Lakariba, Pegawai Sulh, Puan Jasmawati binti Ag Jambol, Timbalan Pendaftar MTS Sandakan dan Tuan Readwan bin Roslan, Penolong Pendaftar MRS Sandakan. Delegasi MSD Sandakan telah disambut dengan mesra oleh ACP Abdul Fuad bin Abdul Malek, Ketua Polis Daerah Sandakan berserta pegawai-pegawai kanan IPD Sandakan. 

Objektif utama kunjungan hormat ini adalah bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama antara MSD Sandakan dan IPD Sandakan dan seterusnya mengenalpasti potensi kerjasama yang boleh dijalankan antara Mahkamah Syariah dan pihak IPD bagi menyelesaikan isu-isu semasa untuk jangka masa pendek dan penyelesaian untuk jangka masa panjang. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pihak IPD Sandakan di atas kesudian menerima Delegasi MSD Sandakan.

BICARA ILMIAH HAK WANITA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PERKAHWINAN


BICARA ILMIAH HAK WANITA SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS PERKAHWINAN 

21 Januari 2024 (Ahad) - JKSNS diwakili Pn Nursyafiah Sulaiman telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan hak wanita sebelum, semasa dan selepas perkahwinan diperantarakan oleh YBhg Datin Norhana Hj Hashim anjuran Biro Sayyidah Pertubuhan Kebajikan Islam Negeri Sabah. Program dirasmikan oleh YBhg Datuk Johari Saiman, Ketua Bahagian daerah Tuaran, Pertubuhan Kebajikan Islam Negeri Sabah. Dalam ucapan aluannya, YBhg Datuk memgucapkan ribuan terima kasih dan gembira di atas kesudian pihak JKSNS memenuhi jemputan dan berkongsi informasi yang amat bermanfaat kepada para peserta dan berharap agar program sebegini diteruskan dengan siri-siri akan datang. Peserta program terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan sosio ekonomi amat teruja dengan pelbagai persoalan dilontarkan melibatkan isu-isu semasa dalam masyarakat. Majlis diakhiri dengan penyerahan cenderamata.

LAWATAN MAHKAMAH SYARIAH SANDAKAN KE JABATAN PENJARA SANDAKAN


8 Januari 2024 (Isnin) bersamaan 26 Jamadilakhir 1445 : Mahkamah Syariah Daerah Sandakan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Penjara Sandakan. Delegasi ini diketuai oleh Y.A Ade Rizal Pahlevi bin Mohd Zen, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah dengan diiringi oleh Tuan Khalid bin Suahid, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Sandakan, Tuan Mhd. Zulkarnain bin Lakariba, Pegawai Sulh, Puan Jasmawati binti Ag Jambol, Timbalan Pendaftar MTS Sandakan dan Tuan Readwan bin Roslan, Penolong Pendaftar MRS Sandakan.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan selamat datang oleh PP Fredie Cassidy Anak Maleng, Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Sandakan dan ucapan balas oleh Y.A Ade Rizal Pahlevi bin Mohd Zen.  Objektif utama kunjungan hormat ini adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara Jabatan Penjara Sandakan dan Mahkamah Syariah Daerah Sandakan disamping untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai isu-isu semasa khususnya berkaitan Pesalah Kehadiran Wajib (PKW). Taklimat mengenai PKW telah dibentangkan oleh IP Nestor James, Ketua Inspektor Penjara Sandakan. Sesi bergambar dan bertukar cenderamata telah dijalankan dipenghujung acara dan sebagai penutup program kunjungan hormat pada kali ini.

KUNJUNGAN HORMAT YB HAJI ARIFIN BIN DATUK HJ MOHD ARIF KE KOMPLEKS MAHKAMAH SYARIAH NEGERI SABAH


9 Januari 2024 (Selasa) - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah telah menerima kunjungan YB Datuk Hj Mohd Arifin bin Datuk Hj Mohd Arif Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga merangkap menteri bertanggungjawab berkenaan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah. YB Menteri telah disambut oleh YAA Tuan Ahadin bin Arinen, Ketua Hakim Syarie Negeri, diiringi Hakim Kanan Tuan Nawawi bin Diman, Puan Surayah binti Ramlee, Ketua Pendaftar, Tuan Mohd Yusuf Nureddin, Pendaftar berserta pegawai-pegawai kanan jabatan.


Majlis dimulakan dengan taklimat ringkas oleh YAA Ketua Hakim Syarie Negeri berkenaan dengan laporan pendaftaran dan penyelesaian kes mal dan jenayah, produk- produk JKSNS seperti Fast Track Syariah dan Easy Sulh, perkembangan Undang-Undang Syariah di Negeri Sabah terkini bermula dengan pindaan dengan memasukkan Seksyen 28(A) Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Sabah yang memberi kuasa kepada Ketua Hakim Syarie Negeri mengeluarkan Arahan atau Arahan Amalan berhubung pentadbiran, penjalanan atau Tatacara Mahkamah Syariah pada 22 Julai 2022. Diikuti dengan pindaan beberapa Enakmen antaranya Seksyen 8 9,9A, 9B, 9C,9D,12, 19A dan 20, Enakmen Wakaf 2018 pada Mei 2023, Seksyen 99 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah pada 9 Ogos 2023, Seksyen 2,6A,16,20,28,31,52,109 dan 135A pada Ogos 2023, Seksyen 11 dan 12 Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah pada November 2023 dan Seksyen 2,4,4A, 6,8,8A, 11 dan 12 pada November 2023. Selain dari itu, Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Sulh) Negeri Sabah telah telah diwarta dan berkuatkuasa pada 18 Oktober 2023.




YAA Ketua Hakim juga memaklumkan kepada YB Menteri tiga (3) Rang Undang-Undang Syariah induk (Enakmen) yang menunggu untuk dibentangkan iaitu Enakmen Pengangkatan Orang Islam, Enakmen Perwarisan Harta Pusaka Orang Islam dan Enakmen Mahkamah Syariah Negeri Sabah bagi penubuhan Mahkamah Utama Syariah (Mahkamah Tertinggi Syariah) di Sabah. Tiga Undang-Undang ini jika berjaya diluluskan di Dewan Undangan Negeri bakal memberikan impak besar kerana dua daripada Enakmen tersebut merupakan enakmen pertama seumpamanya di Malaysia iaitu Enakmen Pengangkatan Orang Islam dan Enakmen Perwarisan Harta Pusaka Orang Islam. Manakala Sabah akan menjadi negeri kedua mewujudkan Mahkamah utama dalam tingkat mahkamah syariah di Malaysia.

YB Menteri juga telah menyatakan persetujuan bagi pewartaan pemakluman/pemberitahuan Kaedah-Kaedah Fi, Kos dan Elaun Mahkamah Syariah Negeri Sabah adalah terpakai bersesuaian dengan Enakmen Aktiviti Kerajaan Eletronik Sabah 2014 yang membolehkan pembayaran fi, kos dan elaun dibuat secara eletronik tanpa tunai.

YAA Ketua Hakim Syarie juga menyatakan hasrat untuk menambah baik kemudahan perkhidmatan Mahkamah Syariah kepada rakyat dengan mewujudkan mahkamah syariah bergerak, cadangan penambahan kakitangan secara kontrak di Mahkamah-Mahkamah Syariah daerah seluruh negeri dan penerbitan jurnal alasan penghakiman syariah dan penulisan syariah secara berkala.


YB Menteri dalam ucapan balasnya amat menyambut baik,menyokong sepenuhnya serta mengucapkan syabas atas usaha-usaha yang telah dan bakal dilaksanakan Jabatan Kehakiman Syariah Sabah bagi usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada orang islam di negeri ini dalam membantu melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri yang diketuai YAB Ketua Menteri.

Beliau mendoakan agar kakitangan JKSNS diberikan kekuatan dalam menjayakan misi dan visi jabatan bagi tahun baru 2024 dan tahun-tahun mendatang. Majlis diakhiri dengan lawatan ke setiap tingkat kompleks mahkamah dan minum petang.

WEB MOBILE

jksns QR

PEJABAT KAMI

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah
Kompleks Mahkamah Syariah,
Jalan Teluk Likas,
88400,Kota Kinabalu
Sabah
Tel : 088-286400
Fax: 088-275652
emel: jksnsabah@esyariah.gov.my

POPULAR TAG

PENGUNJUNG

157574
Hari iniHari ini82
SemalamSemalam546
Minggu iniMinggu ini2204
Bulan iniBulan ini6603
KeseluruhanKeseluruhan157574